Jenuh rasanya hendaknya mengikuti perkembangan trend terkini..sekadar rujukan..renungkanlah senarai ini dan pasti anda akan sentiasa in style.
- Little Black Dress (LBD) ~ Dari pejabat ke lounge, gayakan formal atau kasual.
- Jam tangan ~ Bukan sekadar melihat waktu tetapi aksesori pelengkap yang harus.
- Kurung Kebaya ~ Salah satu pakaian tradisi yang seksi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan.
- Pakaian dalam yang menarik ~ Semuanya bermula di dalam, jadi apa yang anda pakai di dalam, mencerminkan sifat anda di luar.
- Potongan baju yang padan ~ Tidak kira apa jua bentuk badan anda, sekiranya anda pandai memilih bentuk baju yang sedondon, tampak bergaya.
- Jeans potongan boot ~ Kata kuncinya adalah versatil. Seksi dengan stiletto, ranggi dengan sneakers. Tambahn, mampu memberi ilusi punggung yang lebih kecil.
- Balus/Baju T Putih ~ Kerana putih boleh digayakan dengan apa sahaja. Namun, pastikan potongan yang sesuai.
- Cardigan ~ Penyelamat di kala kesejukan atau inginkan gaya kurang seksi yang segera.
- Stiletto ~ Mampu membuat kaki anda kelihatan lebih panjang dan memberi lenggok yang feminin.
- Skaf ~ Gayakan seperti Alicia Keys di kepala, seperti Jackie Onassis di leher bersama cermin mata hitam besar atau ditangan seperti Victoria Beckham.
- Selipar flip-flop ~ Satu kemestian untuk semua penduduk di sekitar garisan khatulistiwa. Senang digaya dan senang ditanggal ~ Praktikal dan bergaya.
- Cermin mata hitam ala 'Chanel' ~ dapatkan yang besar dan yang paling hitam. Sesuai untuk menyembunyikan eye-bags, pada masa yang sama membuat anda kelihatan chic. Gayakan seperti selebriti diburu paparrazi.
- Topi besbol ~ Untuk hari-hri rambut anda tidak terurus.
- Sportswear ~ Bukan sahaja untuk ke gimnasium tetapi satu kemestian untuk hari-hari santai di mana anda malas untuk bersolek.
- Cermin mata rim gelap ~ Memberi gaya eksekutif yang elegan dan sofistikated bila anda memerlukannya.
- Tas quilt ala 'Chanel' ~ Ia telah bersama kita hampir sekurun dan nampak gayanya ia akan kekal buat 100 tahun akan datang.
- Warna pink ~ Sinonim dengan kewanitaan, kemanisan dan keayuan.
- Kasut Converse ~ Seeloknya di dalam warna yang simple. Sekiranya anda khuatir kelihatan overdressed, gayakan sneaker Converse. Padan dengan apa jua gaya anda.
- T-shirt 'I LOVE NY' ~ Masih boleh dipakai oleh mereka yang tidak pernah ke New York. Siapa kata fesyen perlu ada tujuan?
- Platinum, apa saja ~ Manis di jari dan tidak pernah dipandang rendah di dalam bentuk kad kredit.
- Rantai leher mutiara ~ Klasik dan evergreen. Sesuai bersama kurung tradisional atau sut moden.
- Tas monogram Louis Vuitton ~ Kali pertama membeli tas berjenama? Dapatkan tas monogram LV. Kelengkapan setiap wanita moden yang berjaya.
- Barangan antik atau vintage seperti kerongsang pusaka tinggalan nenek moyang ~ Mengapa beli sesuatu yang diperoleh oleh hampir setengah populasi kota? Terokai almari ibu atau nenek anda untuk gaya retro, gilaan masa kini.
- Berlian ~ Kerana ia sahabat karib wanita serta apa sahaja yang berkilau dan berniali ribuan ringgit, wajib berada di dalam senarai
- Telefon ~ Sama ada telefon biasa ataupun bimbit, salah satu inovasi yang telah membuatkan dunia bagaikan lebih kecil.
- Rambut panjang ~ Walau apa pun yang anda fikir tentang gaya rambut pendek, rambut panjang akan sentiasa panas. Mampu membuat anda berupa ayu dan pasti banyak lelaki yang setuju.
- Gincu ~ Tanpanya, anda mungkin mewarnakan bibir dengan batu kawi atau sirih. Menyusahkan, bukan?
- Maskara ~ Kini sesiapa sahaja mampu memiliki bulu mata melentik bak bulu mata unta. Salah satu kualiti feminin yang mampu memukau dan menggamit hati si lelaki.
- Kecantikan semula jadi ~ Biarkan solekan tebal hanya untuk pelakon pentas opera atau ratu-ratu jamu sahaja. Seperti kata pepatah bara 'less is more'.
- Peradaban sopan ~ Walau bagaimana cantik pun muka anda, jika tidak beradab, semunya tidak bermakna. Hormati mereka yang layal menerima hormat anda, sentiasa rasa rendah diri atau sekurang-kurangnya, senyum-lah!