Showing posts with label Fashion TIPS. Show all posts
Showing posts with label Fashion TIPS. Show all posts

Sunday, November 25, 2007

TIPS dari Style Advisor ~ Charlotte Good


Perbaiki Penampilanmu...

Kita semua pernah pada suatu ketika berdetik kata di hati alangkah bagusnya jika ada khidmat fashion stylist yang dapat memberi buah fikiran mereka, membantu mencantikkan penampilan kita. Justeru, adalah digalakkan mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat style advisor membuat janji temu terlebih dahulu agar mereka ada cukup masa..."fesyen dan stail sesuatu yang subjektif, ia bergantung kepada personaliti dan susuk tubuh seseorang. Tiada dua orang yang sama".

Lihatlah selebriti terkenal, tidak hairanlah mereka sentiasa tampil cantik menawan bagaikan tiada yang silap setiap kali muncul di majlis. Lihat sahaja Britney Spears sekarang apabila tiada lagi khidmat fashion stylist, pakaiannya bertukar haru biru. Begitulah berbekasnya khidmat fashion stylist, mereka mampu merubah penampilan seseorang.



TIPS dari Style Advisor ~ Charlotte Good

Antara selebriti yang pernah beliau layani ~ Kate Moss, Scarlett Johansson, Sofia Coppola dan raper terkenal Amerika, Kelis.
Katanya....

  • Kalau anda rendah elakkan membawa beg yang besar atau tali beg yang panjang. Ia buat anda tampak pendek.

  • Tas tangan bentuk sandang memang cool tetapi cuba elakkan terperangkap menjadi mangsa fesyen. Tali beg tangan yang menyilang pada buah dada membuatkan anda nampak seolah-olah besar.


  • Jika tubuh badan jenis berisi atau besar pada bahagian atas berbanding bahagian lain, pilihlah tas tangan bertali pendek supaya tidak perlu menyandangnya di bahu. Ini boleh membantu mengimbangi penampilan anda. Atau pilih tas tangan bertali panjang yang jatuh ngam-ngam antara pinggang dan punggung kala menyandangnya di bahu.

  • Tas tangan clutch adalah suatu aksesori yang patut ada pada semua wanita, terutama untuk majlis makan malam. Pilihlah yang menaikkan seri penampilan anda. Pilih yang sedikit besar dan panjang jika anda bertubuh besar dan yang kecil comel jika anda bertubuh kecil.
  • Usah mengepit tas tangan genggam diketiak kecuali jika anda memiliki tubuh badan kental kenyal atau kurus. Perbuatan ini membuatkan anda nampak lebih gempal. Seelok-eloknya genggam tas tangan itu dengan tangan lurus ke bawah. Jika anda risaukan rupa perut dan pinggang.. bawalah tas tangan itu rapat ke perut dengan gaya bersahaja penuh anggun. Ia boleh menjadi penutup, menyorokkan perut anda itu.

  • Tas tangan tidak perlu sepadan dengan kasut atau baju. Kehadiran warna boleh menjadi penyeri kepada penampilan tampak menarik. Jadi, cubalah hiasi tangan seperti mengikat skarf atau rantai kunci yang cantik menarik yang sepadan dengan pakaian pada tali beg tangan.


Sumber info: EH!

Sunday, August 19, 2007

30 Perkara 'Always In Trend'...

Jenuh rasanya hendaknya mengikuti perkembangan trend terkini..sekadar rujukan..renungkanlah senarai ini dan pasti anda akan sentiasa in style.

  1. Little Black Dress (LBD) ~ Dari pejabat ke lounge, gayakan formal atau kasual.


  2. Jam tangan ~ Bukan sekadar melihat waktu tetapi aksesori pelengkap yang harus.



  3. Kurung Kebaya ~ Salah satu pakaian tradisi yang seksi tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan.


  4. Pakaian dalam yang menarik ~ Semuanya bermula di dalam, jadi apa yang anda pakai di dalam, mencerminkan sifat anda di luar.


  5. Potongan baju yang padan ~ Tidak kira apa jua bentuk badan anda, sekiranya anda pandai memilih bentuk baju yang sedondon, tampak bergaya.


  6. Jeans potongan boot ~ Kata kuncinya adalah versatil. Seksi dengan stiletto, ranggi dengan sneakers. Tambahn, mampu memberi ilusi punggung yang lebih kecil.


  7. Balus/Baju T Putih ~ Kerana putih boleh digayakan dengan apa sahaja. Namun, pastikan potongan yang sesuai.



  8. Cardigan ~ Penyelamat di kala kesejukan atau inginkan gaya kurang seksi yang segera.



  9. Stiletto ~ Mampu membuat kaki anda kelihatan lebih panjang dan memberi lenggok yang feminin.



  10. Skaf ~ Gayakan seperti Alicia Keys di kepala, seperti Jackie Onassis di leher bersama cermin mata hitam besar atau ditangan seperti Victoria Beckham.



  11. Selipar flip-flop ~ Satu kemestian untuk semua penduduk di sekitar garisan khatulistiwa. Senang digaya dan senang ditanggal ~ Praktikal dan bergaya.


  12. Cermin mata hitam ala 'Chanel' ~ dapatkan yang besar dan yang paling hitam. Sesuai untuk menyembunyikan eye-bags, pada masa yang sama membuat anda kelihatan chic. Gayakan seperti selebriti diburu paparrazi.



  13. Topi besbol ~ Untuk hari-hri rambut anda tidak terurus.



  14. Sportswear ~ Bukan sahaja untuk ke gimnasium tetapi satu kemestian untuk hari-hari santai di mana anda malas untuk bersolek.



  15. Cermin mata rim gelap ~ Memberi gaya eksekutif yang elegan dan sofistikated bila anda memerlukannya.


  16. Tas quilt ala 'Chanel' ~ Ia telah bersama kita hampir sekurun dan nampak gayanya ia akan kekal buat 100 tahun akan datang.

  17. Warna pink ~ Sinonim dengan kewanitaan, kemanisan dan keayuan.


  18. Kasut Converse ~ Seeloknya di dalam warna yang simple. Sekiranya anda khuatir kelihatan overdressed, gayakan sneaker Converse. Padan dengan apa jua gaya anda.




  19. T-shirt 'I LOVE NY' ~ Masih boleh dipakai oleh mereka yang tidak pernah ke New York. Siapa kata fesyen perlu ada tujuan?





  20. Platinum, apa saja ~ Manis di jari dan tidak pernah dipandang rendah di dalam bentuk kad kredit.


  21. Rantai leher mutiara ~ Klasik dan evergreen. Sesuai bersama kurung tradisional atau sut moden.


  22. Tas monogram Louis Vuitton ~ Kali pertama membeli tas berjenama? Dapatkan tas monogram LV. Kelengkapan setiap wanita moden yang berjaya.



  23. Barangan antik atau vintage seperti kerongsang pusaka tinggalan nenek moyang ~ Mengapa beli sesuatu yang diperoleh oleh hampir setengah populasi kota? Terokai almari ibu atau nenek anda untuk gaya retro, gilaan masa kini.


  24. Berlian ~ Kerana ia sahabat karib wanita serta apa sahaja yang berkilau dan berniali ribuan ringgit, wajib berada di dalam senarai
  25. Telefon ~ Sama ada telefon biasa ataupun bimbit, salah satu inovasi yang telah membuatkan dunia bagaikan lebih kecil.


  26. Rambut panjang ~ Walau apa pun yang anda fikir tentang gaya rambut pendek, rambut panjang akan sentiasa panas. Mampu membuat anda berupa ayu dan pasti banyak lelaki yang setuju.
  27. Gincu ~ Tanpanya, anda mungkin mewarnakan bibir dengan batu kawi atau sirih. Menyusahkan, bukan?


  28. Maskara ~ Kini sesiapa sahaja mampu memiliki bulu mata melentik bak bulu mata unta. Salah satu kualiti feminin yang mampu memukau dan menggamit hati si lelaki.




  29. Kecantikan semula jadi ~ Biarkan solekan tebal hanya untuk pelakon pentas opera atau ratu-ratu jamu sahaja. Seperti kata pepatah bara 'less is more'.

  30. Peradaban sopan ~ Walau bagaimana cantik pun muka anda, jika tidak beradab, semunya tidak bermakna. Hormati mereka yang layal menerima hormat anda, sentiasa rasa rendah diri atau sekurang-kurangnya, senyum-lah!

Friday, August 17, 2007

Flattering Dresses for Every Body Type


Big Hips and Thighs

The easiest way to balance a bottom-heavy figure is to choose a dress that skims over the lower half of the body. This dress features a silk texture and prett print, paired with a plunging neckline to show off the face, shoulders and bust.


Flabby Arms

Don't worry: you don't have to look matronly to cover up flabby arms. The trick is to keep the sexy element with a pretty lantern sleeve like this brocade dress.




Petite

Go ahead and wear trendy looks, like this Gap trapeze dress... but avoid too-cutesy looks (like puffed sleeves) so you won't look little girlish.


Plus Size

Just because your figure has curves doesn't mean you can't enjoy a pretty party dress. Show some skin and enjoy the draping capabilities of jersey in sexy dress with sequin trim.




Unattractive Legs

Don't want to show off your legs? You can still look gorgeous in a dress, instead of hiding your legs in pants. Try wearing a longer skirt (midcalf or longer). This lacy dress gives you extra coverage but plenty of sensual appeal through use of luxe color and fabric.




Wide Shoulders

You don't need to hide your upper body if you have wide shoulders. Instead, look for body-balancing details on bottom, like a wide ruffled hem and long ruffled sleeves like on this dress. Avoid puffy sleeves or voluminous tops paired with slim bottoms that will exaggerate your shoulder width.


Thick Waist

Disguise a thick waist by either raising or lowering the waistline. This dreamy cocktail dress. takes a raised waist approach and gets its flattery from the oversized bow. A drop-waist dress, which hits somewhere around the hipbones, is another good alternative for disguising a thick waist.


Full Bust

Balance a top-heavy figure by opting for the most flattering neckline for the full bust: the V-neck or plunging neckline. This Anne Klein dress features a flowing fuller skirt to balance a fuller bust. Look for fabrics that skim, but aren't clingy or too stiff. Also, avoid ornate necklines, embellished bodices and blouson styles.


Small Bust

Most clothing actually hangs better on women with smaller busts, but if you want to add more volume up top look for embellishment or fullness on the bust, like this gathered bodice dress from Betsy & Adam



Too Thin

If you're body lacks natural curves, add feminine presence with a bright color and bold pattern, like this dress from Mary L Couture. You can also pump up the volume with extra details like full sleeves and a ruched waist.