Perbaiki Penampilanmu...
Kita semua pernah pada suatu ketika berdetik kata di hati alangkah bagusnya jika ada khidmat fashion stylist yang dapat memberi buah fikiran mereka, membantu mencantikkan penampilan kita. Justeru, adalah digalakkan mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat style advisor membuat janji temu terlebih dahulu agar mereka ada cukup masa..."fesyen dan stail sesuatu yang subjektif, ia bergantung kepada personaliti dan susuk tubuh seseorang. Tiada dua orang yang sama".
Lihatlah selebriti terkenal, tidak hairanlah mereka sentiasa tampil cantik menawan bagaikan tiada yang silap setiap kali muncul di majlis. Lihat sahaja Britney Spears sekarang apabila tiada lagi khidmat fashion stylist, pakaiannya bertukar haru biru. Begitulah berbekasnya khidmat fashion stylist, mereka mampu merubah penampilan seseorang.
TIPS dari Style Advisor ~ Charlotte Good
Antara selebriti yang pernah beliau layani ~ Kate Moss, Scarlett Johansson, Sofia Coppola dan raper terkenal Amerika, Kelis.
Katanya....
- Kalau anda rendah elakkan membawa beg yang besar atau tali beg yang panjang. Ia buat anda tampak pendek.
Tas tangan bentuk sandang memang cool tetapi cuba elakkan terperangkap menjadi mangsa fesyen. Tali beg tangan yang menyilang pada buah dada membuatkan anda nampak seolah-olah besar.
- Jika tubuh badan jenis berisi atau besar pada bahagian atas berbanding bahagian lain, pilihlah tas tangan bertali pendek supaya tidak perlu menyandangnya di bahu. Ini boleh membantu mengimbangi penampilan anda. Atau pilih tas tangan bertali panjang yang jatuh ngam-ngam antara pinggang dan punggung kala menyandangnya di bahu.
- Usah mengepit tas tangan genggam diketiak kecuali jika anda memiliki tubuh badan kental kenyal atau kurus. Perbuatan ini membuatkan anda nampak lebih gempal. Seelok-eloknya genggam tas tangan itu dengan tangan lurus ke bawah. Jika anda risaukan rupa perut dan pinggang.. bawalah tas tangan itu rapat ke perut dengan gaya bersahaja penuh anggun. Ia boleh menjadi penutup, menyorokkan perut anda itu.
- Tas tangan tidak perlu sepadan dengan kasut atau baju. Kehadiran warna boleh menjadi penyeri kepada penampilan tampak menarik. Jadi, cubalah hiasi tangan seperti mengikat skarf atau rantai kunci yang cantik menarik yang sepadan dengan pakaian pada tali beg tangan.
Sumber info: EH!