Red Carpet Style
Everyone knows that the best part about VIP events is seeing what the stars are wearing ~ and discussing their wardrobe choices with others...this is my favorite looks...
Gemilang Gaya Selebriti. Pencetus gaya selalunya unggul di mata hati peminat. Impak fesyen dalam dunia glamor seseorang yang bergelar selebriti sangat besar dan luas pengaruhnya. Kedua-duanya, selebriti dan fesyen mempunyai satu hubungan erat yang tidak dapat disangkalkan. Sebutkan saja majlis-majlis anugerah berprestij di Malaysia mahupun luar negara, selain daripada agenda majlis yang gilang-gemilang, fokus utama media tentunya kepada peragaan adi busana karya pereka fesyen pilihan.
Lambakan gaya daripada selebriti yang menjengah umum dalam media cetak dan elektronik sering menjadi ikutan. Kerana ikatan simbiosis inilah maka ramai selebriti menjadi pilihan pereka dan jenama sebagai mannequin bergerak, memperagakan ilham koleksi terkini. Semakin popular atau terkenal selebriti tersebut adalah kelangsungan kepada tingginya kemasyuhran pereka atau jenama. Sebagai selebriti pula, semakin gah nama pereka dan mahalnya perincian karya yang melekap pada tubuh mereka, sudah tentu sekali namanya dipuja dan dipuji segenap mata yang tersilap perhitungan, MAAF ~ kebarangkalian yang mengeji bertubi-tubi atau dikritik adalah sangat tinggi.
Kerana itu hampir semua selebriti sanggup berhabis cantik sehingga timbulnya persaingan, masing-masing mahu menang gaya di mata umum....dan kebanyakkannya akan canggung di mata masyarakat jika bergaya minima tidak sepadan gelaran. Kerana lumrah selebriti selalu dilihat cantik dalam apa pun jua paparan atau dalam setiap kemunculan.